« Hari Kemerdekaan = Independence Day | Main | Eyes of the Beholder »

natural born leader, natural born loser..

ada ke orang dilahirkan loser..? ada ke? mana ada... kalao anda loser pon.. anda yg buat diri anda loser..

tp ada jugak benda2 berlaku yg buat anda rasa macam anda ni loser gila b**i... contohnya, time kelam kabut..time tuh la anda tertinggal kunci kereta dalam kereta.. (aik, mcm familiar je..). anda kena 'pau' ketika jalan di tempat2 sunyi atau mencurigakan (sapa suruh), motor anda dicuri diangkat lori walau anda ikat mangga sebesar buah mangga di tayar motor anda, anda basahkan seluar anda di tandas ketika 'date' anda tunggu di meja makan.. anda tau ini semua bukan irony tapi loser, tapi sebenarnya anda harus faham anda sendiri yg buat diri anda loser.. 

tapi kalo anda kata anda loser dalam bercinta, baik anda check balik... btol ke anda ni loserr... ke anda buat2 je kata anda loser? kalo minah@ mamat yg anda usha tu x minat anda balik selepas anda confess, dan terang2 ramai orang turut serta meng'usha'i minah@ mamat itu, mmg sah lah anda loser dengan L sebesar lesen L di dahi anda. Tapi sekiranya anda confess taktala dia tengah bercengkerama dengan orang lain.. mungkin anda tidaklah loser sgt, kerana u actually lost a fight which has never started. faham tak? (macam boss aku lak).. anda tidak pernah berjuang... perang dah selamat abes sebelum anda masuk line; tentera lawan pon tak pernah mengaku anda lawannya, jadi macam mana anda boleh kata anda 'kalah'? anda ni mungkin lebih tepat atau serasi jika dikategorikan sebagai S.S atau syok sendiri berbanding loser. dan satu lagi situasi malang ialah anda tidak pernah masuk 'line' langsung, tetapi anda meminati minah@ mamat itu separuh mampus.. maka anda juga bukanlah loser, tapi anda ialah pengecut. sama ada anda menganggap dia memang tahu 'rahasia' anda dan tidak mahu respon, atau anda biarkan dia dalam kegelapan dan anda terus kemalapan, itu tidak penting. itu bukan soalnya. soalnya siapa? soalnya anda mewujudkan alasan2 atau dakyah2 penyedap hati dengan memikir "dia mmg x sesuai untuk aku" "aku mmg x sesuai untuk dia" "dia xkan nak aku" "ada banyak sangat penghalangnya" "takkanlah seindah itu", maka anda sememangnya pengecut dan sedikit lagi anda boleh terjerumus ke dalam lembah yg lebih hina dari lembah loser. anda bukan 'loser' dalam erti pengalah, jauh sekali beralah atau mengalah, tetapi anda sebenarnya suka mengalahkan diri anda. kalah besar pulak tu. dalam erti kata lain, anda memang 'big loser' la.  

oleh itu, marilah kita sama2 renungkan diri kita. kalah sekali tak bereti kalah selama-lamanya. tapi kalau anda suka lama-lama dalam kekalahan, maka lamalah anda di tahap itu. dan mungkin jika anda berasal dari Selama, maka lamalah sikit. tapi anda harus ingat, Tuhan itu maha mengasihani. ia bukan alasan untuk anda menagih simpati; tapi jika anda kalah sesuatu, mungkin anda menang benda lain. Mungkin jika anda menang semua, anda bukan sahaja berlagak, anda akan jadi riak,bongkak,takbur,ujub dan seangkatan lagi. maka bangunlah pagi esok dengan ceria..dan sedarlah apabila tertutup satu pintu kebahagian untuk anda, terbuka gerbang kebahagian untuk mereka dan banyak lagi pintu kebahagian yang barangkali menanti anda ketuk nun jauh di sana..

Comments

Is the grey text yours?(deja vu)..haha..u crack me up!..Anyway..I'd say if you really want something,then go for it!All the best!!!
(I think 'someone' is inclusive gak kut..) ^_^

-& yes the yellow text are mine.Weak?I dun quite get tht..how so?

aiyaaaa....bunyi kali lain macm skit la....agak agresif, energetik....active...heh... tp mateen "soalnya anda mewujudkan alasan2 atau dakyah2 penyedap hati dengan memikir "dia mmg x sesuai untuk aku" "aku mmg x sesuai untuk dia" "dia xkan nak aku" "ada banyak sangat penghalangnya" "takkanlah seindah itu" rasanya x lah seburuk yg disebut.,ok apa kalau kesedaran tu timbul di awal waktu..hahhahah apa aku cakap...maksud aku, mengukur baju pd bdn sdr... saya harap saudara kaji semula contoh yg dberikan....yg lain2 memuaskan...akkakakk...ciow..

wey uzai tau la pasal bende2 ni wahahahahahahhahah

sidang redaksi akan mengkaji semula sekiranya terdapat sebarang ralat di atas hujah2 yang diberikan. haha.. yg diberi adalah pendapat yg subjektif..tapi x boleh gitu ke zye? btul, ukur baju di badan sendiri, tapi itu kalau permintaan yg melampau. bukankah kita harus berusaha? kalau btol2 sanggup,xkan xde can? kalau ukur baju selalu, kura2 takkan menang race dgn arnab..haha

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .